Posts

Showing posts from November, 2017

Misteri Gunung Ledang

Image
Banyak pengalaman misteri yang berlaku pada rombingan kami semasa mendaki Gunung Ledang. Kami tidak menjangka akan berlaku perkara sedemikian. Pada hari pertama mendaki, tiada pengalaman aneh yang berlaku dan mendaki seperti orang lain. Penatnya memang tidak terkata, peluh membasahi seluruh tubuh dan muka. Setelah sampai di tapak perkhemahan yang digelar Kolam Anak Gajah, kami semua mendirikan khemah. Terdapat juga rombongan lain yang sampai terlebih dahulu dari kami. Terdapat sungai yang dipenuhi ikan-ikan kecil di dalamnya, airnya yang sungguh sejuk sampai ke tulang. Kami dijangka akan bertolak menuju ke puncak dari tapak perkhemahan dalam lingkungan 2.00 pagi kerana itu yang ditetapkan oleh ranger yang bersama kami kerana mereka nak kami sampai pada waktu matahari terbit, Sampai pada masanya, kami perlengkapkan diri dengan lampu suluh dan malangnya ramai yang tidak bersedia. Aku terpaksa mengalah dan bertemankan cahaya lampu dari temanku yang di belakang. Tiada benda aneh...

Cakaran 3 kuku makhluk genit bertenggek

Image
Kisah seram ini bermula pada awal tahun lepas. Semasa itu saya dan 4 lagi housemate merupakan final semester students. Memandangkan kami hanya berlima, maka kami membuat keputusan untuk menyewa rumah teres setingkat. Pada hari pertama masuk ke rumah itu, saya terkejut apabila melihat syiling sangat tinggi hampir sama dengan rumah double storey. Pakcik saya pernah berkata bahawa benda halus suka duduk diantara bumbung yang tinggi dan laintai. Masalahnya duit rumah sewa untuk 1 semester telah pun bertukar tangan Redha sajalah duduk di situ untuk beberapa bulan. Setiap hujung minggu dua orang housemate kami (lain course) akan selalu pulang ke rumah. Tak tahulah masalah homesick ke apa. Jadi tnggallah kami bertiga (sama course) ni. Satu malam, kami study sama-sama di meja makan dekat hall. Saya menghadap ke pintu dapur, manakala mereka berdua mengjadap pintu utama rumah. Sesedang asyik mengira, tiba-tiba kami terdengar bunyi kuat dari arah pintu dapur yang menghala ke ruang mesin basuh...

"Kamu ada rasa apa-apa tak semalam?"

Pada malam pertama sekitar pukul 1.45 pagi saya beritahu pembantu rumah saya supaya matikan lampu dan tidur. Dia tak mendengar apa yang saya katakan dengan jelas jadi dia pun lalu di depan bilik saya sambi; bertnaya, "Ma'am bilang apa?" Dia berdiri di depan pintu bilik tidur saya sambil saya memberitahunya agar lampu dimatikan dan terus masuk tidur. TIba-tiba kami berdua terus senyap dan tercegat. Saya tanya, "Kenapa Nurul (nama pembantu saya)?" Dia cuma katakan, "Ma'am malam ni bisa saya tidur di bilik Ma'am?" Saya pun cakap, "Boleh..." Jadi pada malam itu kami semua tidur di bilik saya termasuk anak-anak saya. Pada keesokan harinya saya tanya padanya, "Kamu ada rasa apa-apa  tak semalam?" Dia beritahu malam semalam apabila dia berdiri di luar bilik tidur saya, dia rasakan seperti ada benda lalu di belakangnya seperti berangin. Pada malam kedua, anak saya pula yang nampak. Ketika waktu Maghrib, anak lelaki saya yang beru...

Berjumpa Langsui Di Pagoh

Saya mempunyai satu pengalaman seram yang berlaku ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Singapura menaiki bas ekspress. Saya bersama anak saya menaiki bas ekspress yang berlepas dari Puduraya sekitar 11.30 malam... Setelah kami berada di KL selama 4 hari melancong bersama keluarga disana. Pada malam itu tidak ada ramai penumpang yang menaiki bas itu maklumlah ketika itu adalah peghujung musim cuti pertengahan tahun dan hujan telah turun dengan lebatnya, menyebabkan keadaan sangat sejuk sangat sejuk didalam bas yang sememangnya berhawa dingin. Saya cuba lelapkan mata supaya dapat mengisi masa dalam perjalanan, tetapi entahlah tidak boleh berbuat demikian... sedangkan anak saya sempat berdengkur terpesuk dikerusinya. Dalam seusana yang sangat dingin saya merasa macam nak terkucil tetapi terpaksa bertahan sehinga bas berhenti di tempat berehat. Kira-kira beberapa jam kemudian bas telah singgah diperhentian Pagoh untuk selama setengah jam. Semua penumpang bergegas ke medan...