Berjumpa Langsui Di Pagoh
Saya mempunyai satu pengalaman seram yang berlaku ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Singapura menaiki bas ekspress. Saya bersama anak saya menaiki bas ekspress yang berlepas dari Puduraya sekitar 11.30 malam... Setelah kami berada di KL selama 4 hari melancong bersama keluarga disana.
Pada malam itu tidak ada ramai penumpang yang menaiki bas itu maklumlah ketika itu adalah peghujung musim cuti pertengahan tahun dan hujan telah turun dengan lebatnya, menyebabkan keadaan sangat sejuk sangat sejuk didalam bas yang sememangnya berhawa dingin. Saya cuba lelapkan mata supaya dapat mengisi masa dalam perjalanan, tetapi entahlah tidak boleh berbuat demikian... sedangkan anak saya sempat berdengkur terpesuk dikerusinya. Dalam seusana yang sangat dingin saya merasa macam nak terkucil tetapi terpaksa bertahan sehinga bas berhenti di tempat berehat. Kira-kira beberapa jam kemudian bas telah singgah diperhentian Pagoh untuk selama setengah jam. Semua penumpang bergegas ke medan selera untuk makan ringan. Saya memanggil anak saya yang masih nyenyak tidur supaya menemani saya ketandas sebab saya memenglah jenis yang penakut. Tandas awam di Pgoh terletak jauh dipinggir perhentian itu dan keadaannya begitu sunyi, tambahan lampu diluar tandas itu berkelipan... kadang-kadang nyala dan kadang-kadang padam. Anak lelaki saya tunggu diluar kira-kira 10 meter dari pintu tandas... sebenarnya saya keberatan untuk pergi sendirian, tetapi apa nak buat kerana saya tidak dapat menahan untuk melepaskan hajat kecil.
Sesampai dipintu tandas saya agak keliru yang mana satu tandas perempuan kerana keadaan disitu sangat malap... ketika saya terpingga-pingga saya terperasan ada seorang wanita baru saja keluar dari tandas. Sekali pandang wanita itu terlihat dalam keadaan aneh... dia memakai baju labuh serba putih, berbunga-bunga sedikit dibahagian dadanya dan rambutnya mengelurai panjang menutupi matanya. Saya hanya dapat melihat sebahagian daripada mukanya... tetapi secara am wanita itu kelihatan kemas seperti orang biasa. Kerana sudah tidak tahan nak terkucil sangat... saya pun beranikan diri bertanya kepadanya.... "adik boleh tumoang tanya, dimana tandas perempuan?', memang pada ketika itu saya tak menyangka perkara buruk pun. Tanpa berkata apa-apa wanita itu menggangkat tangan menunjuk kepintu yang berhadapan dengannya, saya memggucapkan terima kasih kepadanya dan bergegas masuk ke dalam tandas. Terdapat tiga tandas didalam, saya masuk ketandas yang terdekat dan melepaskan hajat. Ketika itulah saya terdengar suara wanita menangis... walaupun halus tetapi jelas, seolah-olah ia datang dari bilik tandas bersebelahan tandas saya berada dan terdengar juga bunyi tapak orang berjalan-jalan dluar bilik tandas sambil mencuci tangan.
Selepas selesai membunag hajat, saya pun keluar untuk mencuci tangan... anehnya tiada seorang pun berada disitu, tetapi bilik tandas bersebelahan saya pun tadi tertutup rapat dan suara tangisan terdengar lagi kali ini semakin kuat. Kerana menyangka ada orang yang dalam kesusaha.... saya pun beranikan diri mengetuk-getuk pintu itu. Ketika itulah saya tertolak pintu kerana pintu tidak berkunci.... perlahan-lahan pintu tandas terbuka, alangkah terperanjatnya saya kerana tiada seorang pun berada didalam bilik itu... hanya terdapat sekalung bunga dimangkuk tandas. Apalagi meremang bulu roma saya... tanpa berfikir panjang saya bergegas keluar dari tandas... dengan diirigi suara mengilai yang kuat datang dari dalam, saya macam nak pengsan.... kaki tak dapat melangkah seolah-olah ada yang menahan. Saya cuba membaca ayat kursi dalam hati memejamkan mata dan lompat keluar dari tandas itu.
Anak saya yang sudah berada diluar merasa sangat hairan kerana saya kelihatan pucat dan penuh keringat. "emak kenapa lama sangat?... dah nak dekat setengah jam emak kat tandas, bas nak jalan tu" kata anak saya sambil menuning jari kearah bas yang sudah dihidupkan enjinna, hanya menunggu saya... sebelum berlepas kembali ke Singapura.
Dalam perjalanan barulah saya terfikir tentang apa yang berlaku, wanita tadi yang saya bertemu diluar tandas menunjukkan arah tandas wanita dihadapannya.. bermakna dia baru sahaja keluar dari tandas lelaki, sekalung bunga yang saya jumpa didalam tandas yang kosong tadi.... sepertinya corak bunga yang terdapat dibaju wanita berkenaan dan akhir sekali... katakanlah saya buang air kecil takkanlah sampai setengah jam... rasanya hanya lima minit saja saya berada ditandas tadi... Ehhhhhh! serammnya kata saya didalam hati.
Tiba-tiba saya tersentak dari renunggan... "Emak cepat dah nak turun... bawak pasport, kita dah sampai kat imigresen JB." kata anak saya yang terpingga dengan kelakuan aneh saya.... "Emak tak kira, lain kali kalau nak ketandas di Pagoh.... kau harus ikut sama kedalam ok" kata saya kepada anak saya tanpa memberi penjelasan. Anak semakin binung... tetapi mengangguk-angguk tanda setuju... jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi, tetapi kuping telinga saya masih tergiang-giang dengan suara tangisan dan ngilaian... mungkin hantu Langsui tdi.
Tamat.
.
Comments
Post a Comment