Misteri Gunung Ledang
Terdapat juga rombongan lain yang sampai terlebih dahulu dari kami. Terdapat sungai yang dipenuhi ikan-ikan kecil di dalamnya, airnya yang sungguh sejuk sampai ke tulang. Kami dijangka akan bertolak menuju ke puncak dari tapak perkhemahan dalam lingkungan 2.00 pagi kerana itu yang ditetapkan oleh ranger yang bersama kami kerana mereka nak kami sampai pada waktu matahari terbit,
Sampai pada masanya, kami perlengkapkan diri dengan lampu suluh dan malangnya ramai yang tidak bersedia. Aku terpaksa mengalah dan bertemankan cahaya lampu dari temanku yang di belakang. Tiada benda aneh yang berlaku sepanjang perjalanan kecuali seorang dari kami yang jalan mendahului semua yang lain dan ditemani seorang ranger. Beliau sampai di sebuah gua kecil yang terdapat mata air mengalir darinya dan semasa dia hendak mengambil air tersebut, beliau ternampak seseorang yang berpakaian ala pendekar berdiri di atas puncak gua memerhatikan beliau.
Beliau mendiamkan diri dan kemudian dihampiri oleh ranger tersebut dan berbisik supaya tidak berkata sepatah pun pada pendekar tersebut. Ranger tersebut berkata itu adalah makhluk yang dipanggil 'bunian' dan kami telah sampai ke perkampungan mereka. Andai ditegur, maka beliau akan dapat masuk dalam dunia mereka dan kemungkinan untuk pulang adalah kecil. Setelah beberapa minit memerhatikan, pendekar tersebut berlalu dari tempat tersebut dan sedikit demi sedikit hilang dari pandangan.
Kami tidak tahu tentang peristiwa tersebut sehinggalah diceritakan semasa kami semua berada di puncak Gunung Ledang. Kami tidak terlalu memanjangkan cerita dan anggap itu satu pengalaman yang menarik. Pada hari yang sama kami turn kembali ke tapak perkhemahan dan berlaku peristiwa kedua yang lebih misteri. Pada malam tersebut, kami tidak ada aktiviti yang istimewa cuma bernyanyi dan berborak-borak. Seorang ranger berpesan pada kami supaya tidak tidur lebih dari pukul tiga kerana takut menganggu rombongan lain dan kami tidak membantah.
Setelah bangun subuh yang sebenarnya, seorang kawanku berkata beliau terdebgar suara keras yang mengejutkan pada pagi itu juga seperti yang aku dengar dan beliau menafikan yang ada kawan yang lain bergurau kerana semuanya masuk tidur sebelum pukul 3. Setelah ditanya pada ranger, beliau berterus-terang menyatakan sebab kenapa disuruh tidur sebelum pukul 3 kerana pada waktu itulah makhluk-makhluk bunian ini menganggu manusia seperti yang berlaku setiap malam. Sekarang baru aku sedar kenapa kami perlu tidur sebelum pukul 3 dan kenapa kami mendaki pada pukul 2 pagi malam sebelumnya. Kisah ini adalah perkara sebenar yang berlaku pada aku.
Comments
Post a Comment